Minyak Pelincir Kereta

Pada kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda tentang sedikit sebanyak maksud kod yang tertera pada label botol minyak pelincir. Oleh sebab kebanyakkan daripada kalangan kita keliru dengan kod tersebut dan ada juga yang baru dalam dunia kenderaan mahu mengetahui lebih lanjut mengenai kod tersebut.

Kebiasaannya anda akan ternampak kod yang terdapat pada label botol minyak pelincir seperti SAE10W50. Apakah maksud SAE10W50? Berikut adalah penerangan ringkas yang disimpulkan..

SAE adalah singkatan bagi Society of Automotive Engineers yang merupakan sebuah badan professional bagi kejuruteraan automatif. Minyak perlincir telah digredkan mengikut standard SAE. Pengredan minyak pelincir ini banyak bergantung kepada index kelikatan (“viscosity index” ) dimana pada tahap suhu tertentu, minyak pelincir ini tidak lagi dapat berfungsi dan melindungi enjin.

NAMA-NAMA LAIN BERKAITAN MINYAK PELINCIR
API (American Petroleum Institute)
STLE (Society of Tribologists and Lubrication Engineers)
NLGI (National Lubricating Grease institute)
ILMA (Independent Lubricant Manufacturer Association)
ACEA (European Automobile Manufacturers Association)
JASO (Japanese Automotive Standards Organization)

W (“winter” ) pula ialah “rating” kelikatan minyak pelincir yang telah diuji pada suhu sejuk dan angka-angka yang tertera tanpa W telah diuji pada suhu panas. Jadi, 10W adalah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu enjin sejuk dan 50 pula ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu enjin panas. Di negara bermusim sejuk, minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang rendah adalah sangat penting bagi memudahkan enjin kenderaan dihidupkan. Manakala angka selepas W bermakna kadar kelikatan sesuatu minyak pelincir itu apabila suhu enjin panas. Semakin besar angka tersebut, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan suhu operasi enjin.

Setiap “rating” minyak pelincir mempunyai tahap ketahanannya yang tertentu, sekiranya melepasi tahap yang ditetapkan minyak pelincir tidak dapat bekerja sebagai pelincir (minyak membeku atau menjadi cair).

SAE10W50 merupakan minyak pelincir “multigred” kerana minyak pelincir ini mempunyai kadar kelikatan yang boleh berubah daripada kurang likat pada suhu sejuk kepada lebih likat pada suhu panas. Sekiranya minyak pelincir hanya tertera SAE40 atau sebagainya. Ianya adalah minyak pelincir“monograde” kerana mempunyai satu kelikatan tunggal samaada semasa suhu sejuk atau panas. Kod seperti SAE10W50 dan SAE40 boleh dilihat pada label yang terdapat pada botol minyak pelincir.

Sungguh pun di Malaysia tidak mempunyai musim salji, minyak pelicir“multigrade” turut memainkan peranan dan ianya juga telah menjadi satu standard yang telah ditetapkan oleh pengeluar kenderaan. Bagi pengguna yang sering kali menghadapi kesesakan lalu-lintas terutamanya di bandar-bandar besar, penggunaan minyak pelincir yang mempunyai kadar kelikatan yang tinggi semasa enjin panas adalah digalakkan. Ini kerana, apabila kenderaan terhenti-henti, sistem penyejukkan enjin yang biasanya mengharapkan kepada bantuan pengaliran udara akan menjadi kurang berkesan. Kadar suhu operasi enjin akan meningkat dan pada masa inilah minyak pelincir akan memainkan peranan dalam membantu menyerap haba yang terhasil daripada operasi sesebuah enjin. Minyak pelincir yang mempunyai gred API yang lebih tinggi biasanya akan berfungsi lebih baik.

Buat masa ini, minyak pelincir yang diperbuat daripada “synthetic” atau “semi-synthetic” adalah yang terbaik jika hendak dibandigkan dengan minyak“mineral”. Kedua-dua jenis minyak ini biasanya telah dicampurkan dengan bahan “addictive” dan harganya juga agak mahal. Sekiranya harganya murah, mungkin bahan “addictive” yang terdapat padanya sedikit. Pengguna yang menggunakan minyak pelincir “mineral” boleh menambahkan “addictive” ini secara manual kerana terdapat pelbagai jenis “addictive” yang boleh didapati dipasaran sekarang ini.

“Addictive” ada pelbagai kegunaan seperti anti karat, anti oksida, anti buih dan berbagai-bagai anti lain. Bagi pengguna minyak pelincir “synthetic” atau “semi-synthetic” yang mencampurkan bahan “addictive” merupakan satu pembaziran.

Kesimpulannya, pemilihan minyak pelincir bergantung kepada jenis kenderaan yang digunakan dan ianya perlu dilihat dari pelbagai sudut.

Sumber : joul-zero

Status Pelawat

Pelawat online: 7
Pelawat hari ini: 16
Jumlah kesemua pelawat: 234176
Alamat ip anda: 50.16.130.188
Pelayan:
Sistem operasi:

Facebook