4shared

Mengenali Komponen Enjin Kereta

1. Palam pencucuh

Palam pencucuh akan menghasilkan bunga api untuk membakar campuran minyak dan udara. Palam pencucuh mestilah sentiasa dalam keadaan baik bagi menghasilkan pembakaran yang sempurna.

2. Injap (Valve)

Injap masukan akan terbuka semasa campuran minyak dan udara masuk keruang pembakaran, manakala injap ekzos akan tertutup. Kedua-dua injap tersebut akan tertutup semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku diruang pembakaran. Injap ekzos akan terbuka setelah pembakaran selesai bertujuan untuk membuang asap melalui ekzos.

3. Piston

Piston berbentuk silinder yang diperbuat dari besi tuang. Ia akan bergerak ke atas dan kebawah di dalam bongkah enjin.

4. Piston ring

Piston ring berfungsi sebagai pelindung geseran antara piston dan silinder.
Fungsi ring ialah :
•Mengelakkan kemasukan campuran minyak dan udara keruang pembakaran semasa proses mampatan dan pembakaran berlaku.
•Mengelakkan kemasukan minyak enjin ke ruang mampatan, yang mana ia boleh menyebabkan minyak enjin tersebut berkurang. Kebanyakkan minyak enjin kereta akan berkurangan dan perlu ditambah setiap 1000 kilometer, kerana enjin kereta telah lama dan piston ring tidak dapat menutup dengan sempurna.

5. Rod penghubung

Rod penghubung akan menyambungkan antara rod dengan aci engkol. Pergerakkan aci engkol akan menyebabkan piston bergerak ke atas dan kebawah.

6. Aci engkol

Aci engkol akan menggerakkan piston ke atas dan ke bawah dalam gerakan yang sekata.

7. Aci sesondol

Aci sesondol merupakan peralatan yang digunakan pada enjin omboh untuk membuka dan menutup injap. Ia terdiri daripada rod silinder yang merentasi enjin dengan beberapa sesondol berbentuk lonjong, satu untuk setiap injap. Sesondol membuka injap dengan menolaknya ataupun menggunakan mekanisme perantaraan, sambil ia berputar.

8. Pengaut
Pengaut berada di bahagian paling bawah enjin. Ia akan mengaut minyak enjin yang berada dalam takungan minyak, serta membasahkan seluruh bahagian aci engkol, rod penghubung serta piston. Minyak ini akan mengurangkan geseran serta dapat memanjangkan jangka hayat bahagian-bahagian enjin.

Sumber : duniaenjin

Status Pelawat

Pelawat online: 7
Pelawat hari ini: 22
Jumlah kesemua pelawat: 227214
Alamat ip anda: 54.198.224.121
Pelayan:
Sistem operasi:

Facebook