4shared

Kod Tayar Kenderaan

Tayar merupakan satu komponen utama dan elemen penting bagi sesebuah kenderaan. Tanpanya kenderaan tidak akan dapat berjalan. Tahukah anda, pada tayar terdepat kod yang membawa maksud tertentu..? Pada kali ini kami mahu berkongsi dengan anda tentang cara mengenali kod pada tayar kenderaan anda.

Mari kita cuba tafsirkan kod tayar dibawah

205/65/R15 94H

  • Nombor 205 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi.
  • Nombor 65 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya.
  • Huruf R merujuk kepada binaan tayar radial dan angka 15 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.
  • Nombor 94 melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu. Sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)
  • Huruf H terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan H dalam contoh, bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sehingga 210 km/j.

Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

  • S – 180 km/j
  • T – 190 km/j
  • U – 200 km/j
  • H – 210 km/j
  • V – 240 km/j
  • Z – melebihi had laju 240 km/j
  • W – 270 km/j
  • Y – 300 km/j

Untuk mengetahui usianya sila periksa bahagian tepi tayar yang terdapat kod nombor minggu dan tahun. Contohnya kod 0511 bermaksud tayar berkenaan dihasilkan di kilang pada minggu ke 5 pada 2011.

Kesimpulannya, kod yang terdapat pada tayar adalah berbeza dan ianya adalah direka untuk keadaan yang berbeza-beza. Yang penting, penjagaan tayar haruslah diutamakan dalam memastikan setiap perjalanan berjalan dengan lancar dan selamat.

Status Pelawat

Pelawat online: 8
Pelawat hari ini: 53
Jumlah kesemua pelawat: 238204
Alamat ip anda: 54.224.184.33
Pelayan:
Sistem operasi:

Facebook