4shared

MPC Bateri dan ECU Kereta

Kebiasaannya bateri kereta adalah 12V dan dicas oleh altenator pada 14.4V. Ini bermakna,sebelum enjin kereta dihidupkan nilai bacaan voltannya adalah 12V. Apabila enjin dihidupkan altenator juga akan mula bekerja. Jadi, keseluruhan kereta akan berada pada 14.4V. Kebanyakan komponen di dalam kereta direka untuk bekerja pada 13.5V hingga 14.4V untuk keputusan yang optima.

Contoh yang terbaik ialah amplifier audio kereta. Hampir semua spesifikasinya dinilaikan pada nilai input 14.4V dan XXX nilai ouput watt. Ini bermakna, jika voltan jatuh di bawah nilai 14.4V, nilai outputnya juga akan jatuh. Bahagian yang paling penting di dalam kereta moden ialah sistem ECU.

Apakah itu ECU ?

ECU bermaksud Electronic Control Unit. Ia mengawal hampir keseluruhan komponen di dalam enjin seperti nisbah udara/bahan api, masa penalaan, suhu dan lain-lain.
Secara dasarnya, ia bekerja dari nilai 13.5V ke atas.
Itulah sebabnya apabila setiap kali enjin kereta dihidupkan, rpm akan meningkat naik sedikit dan nilai voltan akan naik sehingga 13.5V (jika terdapat meter voltan). Kemudian ECU akan bekerja dengan membaca kadar dari sensor O2, suhu, tekanan, penalaan dan seterusnya.

Apakah yang akan terjadi apabila voltan jatuh di bawah 13.5V ?

Sebenarnya ECU akan berada dalam “sleep mode” untuk menghalang dari berlaku kerosakan litar. Ianya seperti “turn-off” sementara sehingga voltan stabil (13.5V) untuk ia bekerja semula. Jadi,setiap kali brek ditekan atau menyalakan lampu dan penghawa dingin, ECU akan berada pada tahap “sleep mode”. Situasi seperti ini akan menghalang penggunaan bahanapi yang baik dan pengalaman pemanduan yang lancar kerana semua sensor tidak mendapat maklumbalas dan kalibrasi yang optima dari unit ECU.

Satu-satunya cara yang ada ialah dengan menambahkan bahanapi dan berharap altenator akan menghasilkan kuasa yang cukup untuk ECU naik semula. Pada saat itu penggunaan bahanapi akan meningkat.

Di sinilah Max Power Controller berperanan. Kita hanya perlu cucuk alat ini ke dalam soket pencucuh rokok kereta dan ia akan menstabilkan voltan pada 13.5V untuk ECU berfungsi sepenuhnya sepanjang masa kereta digunakan.

Dengan cara ini, semua sensor dan bacaan akan dikalibrasi dan dikira dengan betul melalui sistem ECU. Di sinilah nilai kadar nisbah udara/bahanapi dan masa penalaan yang sempurna diperolehi. Pengalaman pemanduan yang lancar juga akan diperolehi.
Sesetengah kereta mungkin tidak menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi pengalaman pemanduan tetapi ia akan memperbaiki penggunaan bahanapi.

Ini disebabkan oleh voltan yang lebih tinggi yang dilalui oleh ECU di mana ianya lebih tinggi dari 14.4V dan cukup untuk membuat ECU bekerja tetapi voltan yang terlalu tinggi akan merosakkan pengiraan dan kalibrasi.

Jadi, dengan Max Power Controller, nilai voltan dapat dikekalkan pada 13.5V yang akan menghasilkan semua bacaan yang optima. Itulah sebabnya sesetengah kereta akan hanya menunjukkan penggunaan bahanapi yang lebih baik dan hanya memperbaiki sedikit pengendalian kuasa.

Status Pelawat

Pelawat online: 8
Pelawat hari ini: 76
Jumlah kesemua pelawat: 239876
Alamat ip anda: 54.198.210.67
Pelayan:
Sistem operasi:

Facebook