4shared

Penjagaan Radiator

SALAH satu komponen yang mudah dilihat di bahagian enjin kereta ialah sistem penyejuk enjin atau dikenali sebagai radiator.

Tugas utama sistem berkenaan untuk meminimumkan suhu panas enjin ketika berfungsi kerana tanpa sistem itu, kemungkinan enjin mudah terbakar.

Kegagalan radiator berfungsi dengan sempurna menyebabkan enjin menjadi terlalu panas sehingga menyebabkan beberapa komponen gagal melakukan tugas dengan baik.

Sebagai pemilik kenderaan, mereka perlu memastikan paras air dalam tangki radiator mencukupi sebelum memulakan perjalanan, sama seperti memeriksa tahap minyak pelincir.

Kebanyakan radiator dipasang di bahagian depan enjin atau lebih tepat di belakang gril kerana kedudukan itu terbukti sesuai untuk menyejukkan enjin dengan tolakan angin ketika kenderaan bergerak.

Bagaimanapun, ada sesetengah model kereta menempatkan radiatornya di sebelah enjin sama ada kiri atau kanan.

Sistem itu dianggap kurang berkesan tetapi angin masih mampu mengalir di sebelah jaring radiator berbanding jenis yang dipasang di bahagian depan enjin.

Radiator mengandungi tiga bahagian penting iaitu atas, jejaring radiator dan tangki bawah.

Jejaring radiator pula mempunyai ratusan lubang kecil yang berfungsi sebagai penyerap air yang mengalir dari atas ke bawah tangki, mengikut pusingan bahagian penyejuk pada bahagian enjin.

Setiap kali air mengalir ke ratusan lubang kecil itu akan menghasilkan air sejuk dengan bantuan angin ketika kereta bergerak.

Sesetengah kereta pula menggunakan radiator jenis pengaliran melintang (crossflow), sistem yang dianggap memberi manfaat kepada enjin kenderaan berat.

Cara radiator berfungsi ialah menerusi pusingan air dari tangki ke dua saluran tiub yang dipasang ke bahagian atas dan bawah tangki ke enjin.

Kegagalan pusingan itu berfungsi dengan normal akan menyebabkan enjin menjadi panas.

Lazimnya, ada beberapa sebab masalah itu berlaku, antaranya tangki tersumbat oleh kepingan logam atau tangki berkarat kerana jarang dicuci.

Oleh itu, pemilik kereta dinasihatkan mencuci tangki dari semasa ke semasa bagi mengelakkan saluran air radiator menjadi karat.

Karat bukan saja menyebabkan pengaliran air dari bahagian tangki ke bahagian enjin tersumbat, malah boleh berlaku kebocoran sama ada pada tangki itu sendiri atau pada dua tiub getah yang disambungkan ke tangki berkenaan.

Untuk mengelak perkara itu berlaku, salah satu cara mengelak tangki dimamah karat ialah dengan mencampurkan air dengan kimia yang disyorkan di kedai aksesori.

Sesetengah pemilik kereta mencampurkan bahan penyejuk (coolant) ke tangki untuk mengurangkan suhu panas ketika enjin bergerak.

Kebanyakan kenderaan model terbaru kini menyediakan tangki air simpanan yang diletakkan bersebelahan dan pemilik tidak perlu lagi membuka penutup radiator.

Ia berfungsi sebagai air simpanan untuk menampung bekalan air ketika tangki utama kekurangan air.

Kebanyakan radiator diperbuat daripada logam, tetapi ada sesetengahnya diperbuat daripada plastik.

Untuk mengelakkan karat, pemilik dinasihatkan supaya menggunakan air mineral untuk menambah kandungan air dalam tangki air simpanan radiator.

Ini kerana air paip dipercayai boleh menyebabkan karat dalam tempoh beberapa tahun manakala air mineral yang dijual di kebanyakan kedai adalah air semula jadi yang lebih bersih dan bebas daripada pencemaran.

Air radiator adalah disyorkan servis 5 bulan sekali. flush dan coolant. coolant kena pakai yang berjenama seperti castrol dan sebagainya. Jikalau beli jenama yang biasa, takut nanti anda tertipu, kerana ada kes coolant pakai pewarna sahaja.

Coolant 50% air mineral 50%. tangki spare isi coolant sahaja, jangan isi penuh, isi ikut kapasiti yang telah digariskan di tangki spare.

Status Pelawat

Pelawat online: 8
Pelawat hari ini: 76
Jumlah kesemua pelawat: 239876
Alamat ip anda: 54.198.210.67
Pelayan:
Sistem operasi:

Facebook