4shared

Penjagaan Gear Box

Apabila kita membeli kereta baru, semua peralatan adalah baru termasuk gear box. Dan jika kita perhatikan, ada dinyatakan apabila millage kereta kita mencecah 1,000 km, kita perlu hantar kereta untuk service pertama. Service pertama adalah check up terakhir yang sepatutnya dibuat pada semua kereta oleh pengeluar kereta. Perkara yang diperiksa pada service pertama termasuk menukar semua jenis minyak pada kereta termasuk minyak gear box. Jangan abaikan service pertama ini kerana pada masa ini minyak enjin dan minyak gear box yang mengandungi lebihan besi atau habuk besi di dalam enjin akan dibuang bagi mengelakkan enjin dan gear box terhakis.

Bagi yang membeli kereta secondhand, apa yang perlu dibuat, tukar minyak gear box sebaik sahaja anda membeli kereta tersebut dan rekodkan bacaan millage kereta anda. Bagi auto, setiap 15,000 atau 20,000 km, tukar minyak gear box anda. Bagi manual, setiap 40,000 atau 50,000 km tukar minyak gear box anda. Perkara ini sangat penting bagi menjamin gear box anda sentiasa bergerak lancar dan dalam keadaan “normal operating temperature” sepanjang masa. Bagaimanapun millage yang perlu bagi menukar minyak gear box bergantung kepada kereta dan jenis gear box
(ikut panduan dalam manual kereta). DIcadangkan setiap dua kali tukar minyak gear box, masukkan sedikit gear treatment. Setiap kali service kereta, minta mekanik memeriksa sekali paras minyak gear box kereta anda. Pastikan ia berada melebihi paras minima. JANGAN MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK GEAR KURANG DARI PARAS MINIMA BAGI MENGELAK KEROSAKKAN GIGI GEAR.

Bagi kereta manual, semasa memandu jangan sekali-kali meletakkan kaki anda di atas pedal clucth. In boleh memendekkan jangka hayat clucth plate nada dan merosakkan gigi gear kereta anda. JANGAN CUBA LAKUKAN ‘SPIN WHEEL’. Laraskan paras clucth supaya berada dalam keadaan yang sesuai dengan panjang kaki anda (minta bantuan mekanik). Jangan paksa sekiranya gear tak masuk sebaliknya cuba lepaskan handbrek dahulu
(terutama kancil). Semasa berada di lampu traffic, naturalkan gear dan tarik handbrek. Jangan biar enjin melahu dalam keadaan bergear. Minta bantuan mekanik untuk mengenalpasti kelajuan maksimum gearbox kereta anda dan jangan memandu melebihi kelajuan maksimum ini.

Bagi kereta auto, pastikan anda faham kegunaan semua paras gear iaitu P, R, D, L, 2 dan 3. Bagi pemanduan biasa, gunakan cuma D dan bila memotong, gunakan “overdrive button”. Sekiranya kerata anda tidak mempunyai overdrive button (wira 1.6 mempunyai overdrive button dan tidak pada wira 1.3, 1.5 ,kancil), anda perlu menerima hakikat yang kereta anda tidak boleh dipandu secara aggresive. Jangan gunakan overdrive button pada kelajuan melebihi 100 km/j kerana fungsi overdrive button adalah seperti kita menurunkan gear dari gear 5 ke gear 4 apabila memotong dan tetap pada gear 4 sehingga kita offkan overdrive button. Bayangkan pada kelajuan melebihi 100 km/j kita turunkan gear ke gear 4 atau 3. Kalau kita tak bernasib baik, kita mungkin dapat mengutip segala gear dan skru bertaburan di atas jalan. Gear 2, 3 dan L adalah untuk kegunaan mendaki iaitu apabila kereta kita tidak dapat mendaki cerun yang curam. Paras gear ini hanya untuk kegunaan kelajuan rendah
(bergantung pada jenis kereta).

Bagi kereta semi auto, triptronik, steptronik. Penggunaan minyak gear box yang direkomenkan oleh pengeluar adalah sangat mustahak. JANGAN SEKALI-KALI MENUKAR JENIS MINYAK GEAR BOX KECUALI MENDAPAT NASIHAT DARIPADA PENGELUAR. Penukaran gear dari tinggi ke rendah juga mesti mengikut kelajuan yang disarankan oleh pengeluar.

Sekiranya terdapat lelehan atau kebocoran minyak atau minyak keluar dari gearbox anda, jangan panik, gear box anda tidak rosak, kemungkinan cuma oil seal gear box sudah ‘mati’. Cuma periksa paras minyak gear box dengan lebih kerap dan pastikan ianya sentiasa cukup. Setiap kali kita menukar clucth plate, tukar juga oil seal walaupun ianya tidak bocor kerana jangkahayat oil seal dalam gearbox biasanya sama dengan jangkahayat clucth plate.

akhir sekali, sekiranya anda menggunakan kereta auto buatan Eropah atau bukan Jepun, pastikan jangan usik apa-apa wayar yang bersambung dengan gear box apabila upgrade sistem bunyi, alarm atau apa-apa pengubahsuaian. Dan cuba ‘belai’ dan ‘memandu dengan lemah lembut’, kerana kalau gear box rosak, kos membaiki purata RM2000 dan untuk menukar gear box RM7000 (kedai potong) atau RM12000 (recon dan disahkan EON)(kecuali Perdana V6 = RM 22000).

Untuk kereta auto, ramai yang tidak faham fungsi overdrive… gearbox auto kereta wira/satria/saga berkapasiti 1.5 atau 1.3 takde overdrive button, ini kerana gearbox ini cuma ade 3 gear sahaja tak termasuk R dan P, N dan dikawal oleh sistem mekanikal bergitu juga dgn semua jenis kereta perodua

Berbeza dgn satria/wira/putra 1.6 keatas. Menggunakan gearbox dikawal komputer. mempunyai TCU (transmission computer unit). mempunyai 4 gear tak termasuk R dan P dan N. biasanya satria dan wira 1.6 mempunyai butang overdrive. gear L aadalah gear 1, 2 adalah 2 dan D adalah gear automatik untuk 1,2,3 dan 4. jika anda menekan butang overdrive (OD) dan panel menyala menunjukkan overdrive, ini bermakna kereta anda akan berjalan menggunakan gear 1,2 dan 3 sahaja. hanya dengan menekan kembali butang overdrive, dan panel meter anda tidak menunjukkan lampu overdrive, gear D anda akan menukar gear secara auto dari 1,2,3 dan 4.

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P – parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat. jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik
R – reverse, untuk mengundur kereta anda
N – neutral, jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear
D – drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive – gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj
3 – setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3
2 – ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu
L – Low gear, gear pertama

Gear tiptronik atau steptronik cuma mempunyai susunan P R N D dan tombol boleh ditolak ke + dan -. untuk sesetengah jenis steptronik seperti honda city, ia mempunyai kawalan P R N D S di mana S adalah steptronik.

Sila gunakan minyak gear yang original dari pengeluar kereta sahaja untuk gearbox auto. minyak gear di pasaran walupun jenama terkemuka mungkin tidak sesuai dengan gearbox anda. untuk gearbox manual juga dinasihati menggunakan minyak original melainkan anda telah mengubahsuai gearbox anda

jika kerosakan gearbox berlaku pada kereta anda, cuba dapatkan dari kedai potong sebelum membeli yang baru. lazimnya proton waja 1.6 1st batch, wira 1.6 dan perdana mempunyai masalah gearbox. dan kos membaikpulih hanya rm 2000-4000 sahaja jika membeli di kedai potong

Status Pelawat

Pelawat online: 7
Pelawat hari ini: 57
Jumlah kesemua pelawat: 234909
Alamat ip anda: 54.162.44.105
Pelayan:
Sistem operasi:

Facebook