4shared

Soal Jawab

1. Apakah Max Power Controller atau MPC?

Dalam keterangan ringkas, Max Power Controller adalah alat penstabil voltan yang mana fungsi utamanya ialah untuk meningkatkan prestasi kenderaan anda secara keseluruhan dan juga penjimatan minyak. Ianya adalah inovasi unik dengan mikrocip terbina di dalam yang mengunakan teknologi terkini jepun. Ianya bersesuaian dengan semua jenis kereta (baru atau lama) dan kenderaan yang menggunakan bateri 12volt.
 

2. Bagaimana hendak mengunakan Max Power Controller? Ikuti 3 langkah ringkas ini:-

  • i. Matikan enjin kereta anda
  • ii. Pasangkan MPC ke soket palam pencucuk rokok kereta anda
  • iii. Hidupkan enjin kereta anda seterusnya teruskan memandu

 

3. Apa yang akan berlaku selepas MPC dipasangkan?

Selepas dipasang, anda akan dapat lihat lampu LED menyala. Ini menandakan MPC anda berfungsi. Jika lampu LED tidak menyala, sila periksa soket palam pencucuh rokok kereta anda untuk pastikan samada ianya masih berfungsi atau ianya longgar. Walaubagaimanapun, jika semuanya berfungsi dan lampu LED MPC masih tidak menyala selepas dipasang, sila kembalikan MPC tersebut kepada pengedar rasmi untuk ganti dengan yang baru.
 

4. Berapa lama masa diambil untuk MPC berfungsi?

Hampir serta merta dalam beberapa saat. Setelah anda mula memandu, anda akan merasai pecutan kereta semakin cepat. Ini adalah kesan permulaan dan ianya adalah normal. Penukaran gear juga menjadi lancar dan anda dapat merasai penghawa dingin kereta semakin sejuk berbanding dengan sebelumnya. Ini adalah tanda-tanda yang anda akan alami setelah MPC mula berfungsi. Anda juga akan mengalami faedah lain yang telah dinyatakan pada risalah setelah anda mula memandu.
 

5. Adakah kesan buruk menggunakan MPC pada kereta saya? Adakah ianya selamat?

Yakinlah yang menggunakan MPC adalah 100% selamat. Fungsi MPC hanyalah seperti memasang thumb drive ke USB. Yang membezakannya ialah, MPC mendapatkan kuasanya daripada bateri kereta manakala thumb drive mendapatkannya daripada CPU (Arus Terus). Tidak seperti peralatan elektrik rumah yang lain yang menggunakan arus ulang-alik yang berkemungkinan membebaskan gelombang gangguan.

Tambahan, MPC juga telah diuji oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL, merupakan badan ISO Malaysia dalam pensijilan produk, pensijilan sistem pengurusan kualiti dan pensijilan sistem pengurusan alam sekitar.
 

6. Mengapa saya perlu menstabilkan bateri kereta menggunakan MPC dan bagaimanakah ianya berfungsi?

Apabila kali pertama kita membeli kereta, bateri dalam keadaan yang baik begitu juga dengan komponen elektrik. Walaubagaimanapun, oleh kerana penyelenggaraan yang tinggi, haus dan lusuh serta faktor penuaan, kereta kita secara pelahan hilang kuasanya. Kuasa pecutannya, tork, transmisi gear, penghawa dingin, lampu depan, sistem audio dan sebagainya, kesemuanya berada pada tahap yang kurang baik berbanding dengan waktu pertama kali membelinya.

Kebiasaannya, apabila kesemua komponen elektrik dihidupkan pada masa yang sama terutamanya sistem penghawa dingin, anda akan merasai kereta menjadi berat sedikit dan apabila ini terjadi, ianya menambah lagi tekanan kepada bateri dalam membekal kuasa yang menyebabkan bateri menjadi lemah dan mengalir dengan cepat. Akibat daripada aktiviti ini juga, bateri akan menjadi tidak mampu membekalkan kuasa pengagihan yang sebenar dan sama rata kepada setiap komponen kereta dan ini akhirnya akan menjejaskan kereta untuk mengunakan lebih bahan api untuk dibakar bagi menjalankan kereta. Kesemuanya adalah berhubungkait.

MPC adalah inovasi kreatif yang akan menangani kesemua “pemasalahan” dalam bekalan kuasa bateri. Untuk maklumat, soket palam pencucuh rokok berhubung secara lansung ke bateri dan dengan memasang MPC pada palam pencucuh rokok tersebut, MPC akan memberitahu bateri supaya menstabilkan kuasanya tidak kira jika anda sedang menghidupkan penghawa dingin, menghidupkan sistem audio, menghidupkan lampu depan dan sebagainya, serentak. MPC adalah seperti minuman isotonik yang akan memberikan tenaga baru dan menyegarkan badan anda selepas terlibat dalam aktiviti harian yang lasak.

Jadi, apabila kesemua komponen elektrik mendapat kuasa yang sama rata daripada bateri 12V dengan memasang MPC, anda akan merasai kereta anda mendapat momentum kembali seperti kereta yang baru, perjalanan lancar, penghawa dingin semakin sejuk, lampu depan semakin terang, sistem audio yang baik dan juga lain-lain. Akhirnya menyumbang kepada penjimatan bahan api yang cekap.
 

7. Adakah MPC akan mengunakan kuasa bateri?

Pastinya TIDAK selain penstabil voltan, MPC juga berfungsi seperti bateri mini kereta. Ia akan menyimpan sisa tenaga daripada bateri bila keadaan mengecas dan mengurangkan beban semasa bateri seterusnya memanjangkan jangka hayat bateri.
 

8. Bolehkah saya cabut MPC dan memasangkannya pada kereta lain? Adakah ia akan menjejaskan MPC?

Tiada salahnya berbuat demikian tetapi kami mencadangkan 1 MPC untuk 1 kereta SAHAJA. Mencabut MPC terutamanya, perlu dilakukan dengan berhati-hati. Kekerapan mencabut dan memasang MPC pada kereta lain mungkin akan menyebabkan soket palam pencucuh rokok mudah longgar/terlerai lalu menjejaskan sambungan daripada bateri ke MPC. Ianya juga boleh memendekkan jangka hayatnya.
 

9. Terdapat banyak alat penstabil voltan dan penjimat minyak dalam pasaran. Apakah yang membuatkan MPC berbeza dengan yang lain.

MPC berbeza daripada alat penjimat yang lain dari segi pandangan unik serta operasi dan fungsi. Penstabil Voltan yang biasanya terdapat dalam pasaran dipasang di dalam enjin dan Penjimatan Bahan Api berdasarkan bentuk jenis cecair dan pil. Kedua-dua sememangnya baik tetapi bahagian pemasangan adalah beserabut (anda perlu membuka dalaman enjin untuk pemasangan dan juga membuka penutup tangki minyak untuk mengisi pil atau cecair).

Walaubagaimanapun terima kasih kepada teknologi, MPC talah menggabungkan kedua-duanya menjadi satu dan apa yang begitu unik semua manfaat daripada kedua-dua alat boleh dicapai dengan memasang MPC dalam kereta melalui soket palam pencucuh rokok. Itu sahaja. Jadi, ia melindungi MPC dan cip mikronya daripada kepanasan yang melampau dan keadaan sejuk, banjir, gegaran enjin dan sebagainya, seterusnya memanjangkan jangka hayatnya.
 

10. Berapa peratuskah penjimatan minyak yang akan dapat jika MPC digunakan?

Untuk maklumat, peratusan penjimatan minyak daripada sesebuah kereta ke kereta yang lain adalah berbeza dan sangat bergantung kepada faktor seperti :-

  • i. Keadaan lalulintas
  • ii. Enjin dan model kereta
  • iii. Penyelenggaraan Kereta (Termasuk tayar)
  • iv. Sikap pemanduan

Untuk mendapatkan penjimatan minyak yang dikehendaki, kereta anda hendaklah berada di dalam keadaan pemanduan lancar. Lebih penjimatan minyak akan dialami terutamanya dalam jarak pemanduan jauh seperti lebuhraya dan apabila kesesakan lalulintas yang kurang. Pemandu akan mendapati kereta mereka pergi lebih kilometer dan pengunaan minyak kurang apabila berjalan jauh dengan mengunakan MPC. Berdasarkan pengujian kami, penjimatan minyak semasa perjalanan jauh adalah diantara 25% hingga 45%.

Sebaliknya, jika kereta memasuki jalan yang sibuk dan terperangkap dalam keadaan bumper ke bumper atau jarang bergerak, semua kereta tanpa mengira model akan mengalami penggunaan minyak yang lebih tinggi. Walaupun mereka menggunakan mana-mana alat penjimatan minyak termasuklah MPC, peratusan yang minima terhadap penjimatan minyak akan dirasai kerana kereta anda membakar bahan api yang lebih terutamanya untuk menyokong sistem penghawa dingin kereta dan komponen-komponen kereta yang lain dalam keadaan yang sibuk. Semakin lama kereta anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas, lebih banyak minyak akan digunakan. Perkara ini disahkan oleh mekanik.
 

11. Adakah saya akan mendapat peratusan penjimatan yang sama setiap hari/setiap kali apabila saya menggunakan MPC?

Pemandu mesti memahami walaupun MPC direka untuk menjimatkan penggunaan minyak kenderaan anda, peratusan penjimatan minyak adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang disebutkan diatas. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pemandu tidak akan mendapat peratusan yang sama atau tetap dalam penjimatan minyak kerana setiap hari kita memandu pada keadaan jalan yang berbeza, permukaan jalan yang berbeza, aliran trafik yang berbeza, berbeza muatan, keadaan cuaca, kekerapan memandu dan banyak faktor lain yang menyumbang.
 

12. Bagaimana untuk menjalankan ujian penjimatan bahan api menggunakan MPC?

Cara yang terbaik untuk mengesan keberkesanan keseluruhan MPC termasuk penjimatan minyak adalah dengan menjalakan kajian perbandingan sendiri dengan ada dan tiada MPC. Pilih mana-mana kereta berenjin 600cc hingga 2000cc. Seperti Suzuki, Toyota, Honda, Mazda dan lain-lain.

Pada permulaan, pandu kereta anda tanpa MPC dan isikan minyak tangki dalam RM 30.00 dan lihat berapa jauh (dalam kilometer) kereta anda boleh pergi. Pilih jalan lurus atau mana-mana lebuhraya. Jangan dilupa untuk mencatatkan nilai mileage untuk rekod. Apabila anda sampai di penghujung jalan, isikan minyak dengan nilai yang sama dan pasangkan MPC. Pandu kereta anda pada jalan atau lebuhraya yang sama. Lihat berapa banyak lebih kilometer kereta anda boleh pergi dengan MPC dipasangkan. Anda boleh menjalankan ujian dalam masa sehari untuk mendapatkan keputusan dan melihat perbezaannya. Ini akan menjadi tertimoni anda.
 

13. Terdapat mana-mana pengilang automobil telah menguji MPC dan mengesahkannya?

Sejak ianya menjadi produk ciptaan kami, kami tidak menawarkan MPC kepada mana-mana pengilang automobil di dunia kerana MPC adalah hanya aksesori tambahan untuk pengguna. Kami mencipta dan merekabentuk alat tersebut untuk kegunaan orang ramai dan bukan untuk pembuat kereta. Untuk maklumat, pengilang automobil tidak akan mengulas pada alatan tersebut kerana jika mereka pasangkannya kepada kenderaan keluaran mereka, ia akan menunjukkan yang kereta mereka tidak menjimatkan ekonomi dari segi penggunaan minyak dan pretasi, perlu bergantung pada produk lain yang mana tidak dibangunkan oleh mereka. Ini akan teruk mencerminkan perniagaan mereka.
 

14. Berapakah jangka hayat bagi MPC?

Jika ianya dijaga dengan baik, MPC boleh bertahan 5 hingga 7 tahun.

15. Adakah syarikat RMF Marketing Sdn Bhd menyediakan kemudahan pembelian menggunakan kad kredit?

Ya kami menyediakan kemudahan pembelian Max Power Controller menggunakan kad kredit secara online. Pelawat website ini boleh ke menu Panduan Pembelian Online untuk mengetahui lebih lanjut cara pembelian secara online.

Website syarikat kami www.rmfpower.com menyediakan kemudahan pembelian online dengan pambayaran online MOLpay yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan pembayaran atas talian.

Berikut adalah bank yang boleh dibuat pembayaran online

-Mastercard
-Visa
-Maybank2u
-CIMB Click
-EON Bank
-RHB Bank
-Public Bank
-Am Online
-Hong Leong Online
-PBE Bank
-Bank Islam

Status Pelawat

Pelawat online: 8
Pelawat hari ini: 76
Jumlah kesemua pelawat: 239876
Alamat ip anda: 54.198.210.67
Pelayan:
Sistem operasi:

Facebook