4shared

Selamat Datang

Pada masa kini alat penjimat minyak menjadi popular dan produk yang dicari terutamanya dikalangan pengguna kenderaan tanpa mengira jenis kenderaan dan kapasiti enjin. Seperti yang kita semua ketahui, kini banyak jenis alat penjimat minyak yang terdapat dalam pasaran akan tetapi kebanyakkannya ianya dalam bentuk cecair atau pil yang mana perlu dimasukkan ke dalam tangki minyak. Sesetengah alat penjimat minyak tersebut, perlu dipasangkan pada bahagian dalaman enjin. Tidak berasa hairan jika ianya adalah baik tetapi pemasangan dan bahagian aplikasinya boleh menjadi rumit dan tidak mesra pengguna.

Melihat pada perkara ini dan dengan sasaran untuk menawarkan sesuatu yang berbeza dan unik kepada pengguna disamping menyahut kepada seruan Teknologi Hijau/Semula Jadi oleh kerajaan Malaysia, RMF Marketing Sdn Bhd, yang sepenuhnya hakmilik syarikat bumiputera yang diketuai 3 usahawan muda telah mencipta, menghasilkan dan mengedar alat penjimat minyak yang unik, pertama pernah ada di dalam pasaran kereta, produk yang dikenali sebagai Max Power Controller atau singkatannya MPC.

Sambutan yang diterima daripada pengguna semenjak ianya diperkenalkan pada Mei 2010 sehingga sekarang adalah amat memberangsangkan. Kurang daripada setahun, MPC telah beransur -ansur membuat kehadirannya dalam pasaran aksesori kenderaan tempatan. Ia adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa MPC telah menjadi alat penjimat minyak yang dicari oleh pengguna Malaysia kerana ciri-cirinya yang unik, praktikal dan harga yang berpatutan. Dalam usaha kami menjadikan MPC jenama yang ternama di peringkat tempatan dan global, RMF Marketing Sdn Bhd telah mengubahsuai pembungkusannya untuk menjadikannya ia dilihat lebih rapi, menarik dan mesra pengguna. Pembungkusan yang baru ini juga didatangkan dengan kad jaminan (Warranty Card).

Sebagai sebahagian daripada proses pembangunan teknologi, syarikat kami pada masa ini telah memasukkan sedikit nilai tambahan pada alat penjimat minyak MPC dengan objektif untuk mempertingkatkan keberkesanan dan fungsinya. Dengan spesikfikasi yang baru, MPC akan memberikan kadar tindakbalas yang lebih baik dan impak segera kepada kenderaan setelah digunakan.

Tambahan lagi, ianya akan memberikan kepada pengguna, penjimatan minyak yang mereka kehendaki dan mereka boleh mendapat keuntungan daripada teknologi yang dibina. Keseluruhan rekabentuk yang baru membuktikan syarikat kami berkomitmen tinggi dan sangat serius dalam membina keyakinan dan kepuasan pelanggan hingga ke peringkat tinggi. Dengan demikian, membuatkan jenama Max Power Controller (MPC) yang ternama di dalam dan luar negara. Max Power Controller (MPC) bukan sahaja memberi manfaat penjimatan bahan api malahan ianya juga bertindak sebagai penstabil voltan pada kenderaan. Dengan hanya memasukkan alat penjimat minyak ini pada palam pencucuh rokok, pemandu akan perolehi banyak manfaat seperti lampu depan semakin cerah, penukaran gear yang lancar, tekanan enjin yang rendah, sistem audio yang jelas dan baik, peningkatan kadar tindakbalas RPM walaupun penghawa dingin dihidupkan. Sila rujuk pada risalah kami untuk ketahui manfaat yang lebih lanjut.

Berhubung dengan semua pembangunan yang menggalak, pada waktu ini syarikat kami telah melibatkan diri dengan penyelidikan dan rekabentuk untuk membangunkan aksesori automotif yang lebih unik terutamnya untuk kereta dan motorsikal.

RMF Marketing Sdn Bhd meletakkan banyak usaha dalam pemasaran dan promosi melalui banyak platform pengiklanan seperti internet, blog, akhbar, dan tidak lupa radio dan televisyen tempatan. Semenjak penubuhannya dalam pasaran tempatan pada bulan Mei 2010, Max Power Controller telah mencatatkan jualan yang memberangsangkan sebanyak 150 000 unit dalam tempoh yang singkat. Disokong oleh pengedarnya di seluruh negeri ditambah pula dengan testimoni dan dengan keyakinan daripada pelanggan yang telah merasai kehebatan teknologi dari Jepun. Syarikat menjangkakan jualan yang mantap pada tahun 2012 dan berikutnya.

Status Pelawat

Pelawat online: 7
Pelawat hari ini: 52
Jumlah kesemua pelawat: 238203
Alamat ip anda: 54.224.184.33
Pelayan:
Sistem operasi:

Facebook